Tuesday 14 January 2014

Step-by-step Permohonan Penerapan Pelajar Diploma Semester Akhir Ke Ijazah Sarjana Muda UiTM Sesi September 2014


Salam semua !

PERMOHONAN DIBUKA DARI 13 JANUARI 2014 SEHINGGA 31 MAC 2014

 Post yang sedang dibaca oleh anda semua ini adalah KHAS untuk PELAJAR DIPLOMA SEMESTER AKHIR UITM  yang berhasrat menyambung pengajian ke peringkat IJAZAH SARJANA MUDA di  UITM juga.

Alert ye !
Diploma Semester Akhir UITM ----> Ijazah Sarjana Muda UITM

Sebab tu ianya dipanggil penerapan. Rugi sangat kalau kita ni Diploma UiTM tapi berhasrat nak sambung degree kat Uni lain, sebabnya kalau kita sambung  degree di UiTM juga, kita boleh dapat pengecualian credit hour yang mana kita boleh jump terus ke Semester 4 atau 3 degree tanpa perlu start balik dari Sem pertama.

Nak bagi clear lagi, saya bagi contoh la ye.

Diploma Perakaunan UiTM nak apply ke Ijazah Sarjana Muda Perakaunan UiTM, masa yang diberi untuk menghabiskan degree ialah 2 tahun setengah( jump terus ke Sem 4 sebab dapat pengecualian credit hour), compare dengan 4 tahun( akan start dari Sem 1) sepatutnya kalau kita apply Uni lain.

Ini bergantung juga pada course ye. Ada yang dalam tempoh 2 tahun dah habis.

 Tapi still, kalau anda rasa nak apply untuk degree selain UiTM, boleh apply guna UPU.


OK, jadi di bawah ni ialah step-by-step cara nak apply Program Penerapan secara online.

sebelum tu, semasa nak beli no.slip BSN, sila nyatakan bahawa anda nak beli no.pin untuk PENERAPAN UITM.


1) Login ke Student Portal

2) Pilih Application for Continuation of Studies


3) Last, masukkan no.slip BSN Program Penerapan yang kita beli dan baca SEMUA SYARAT yang tertera



Yes ! Bila dah boleh masuk, sila lengkapkan semua maklumat yang diperlukan.

Kalau tak boleh masuk walaupun dah isi No. slip BSN, semak semula, mungkin kita tersalah nyatakan program semasa pembelian no.slip ( sebelum tinggalkan kaunter semak balik ada tak kat slip tu tulis PENERAPAN ) 

Kalu salah, cepat-cepat pergi tukar di BSN !

Setakat apa yang saya tahu, kalau tersalah beli no.slip dan kita tukar pada hari yang sama, tak ada cas akan dikenakan tapi kalau kita pergi ke BSN pada hari lain selain dari hari kita beli no.pin BSN tu,(maksudya kalau kita tukar keesokannya ke, lusa, minggu depan), 
kita terpaksa bayar pada harga yang sama sebelum ni  ibarat macam beli no.pin baru (oh harap paham la ayat aku ni)

Isi dengan telus dan tulus ! Jangan menipu !

Dan selepas isi tu, SELAGI KITA TAK TEKAN BUTANG HANTAR, PERMOHONAN KITA MASIH BELUM DITERIMA PIHAK UITM. 

KEMASKINI HANYA DIBENARKAN SEBANYAK 3 KALI.


Jadi, selamat maju jaya kepada kawan-kawan seangkatan yang akan melanjutkan pelajaran ke Ijazah Sarjana Muda Sesi September 2014 !!


Pssstttt.... siapa apply untuk Ijazah Sarjana Muda Perakaunan? Hi-5 sikit! Kita geng! hehe

p/s : Nak dapatkan supplement untuk kecantikan/kesihatan/makanan minda untuk pelajar? meh visit my IG ---> supplemen Shaklee di sini


 
FULLY OWNED BY PELENGKAPRUSUKIRI