Wednesday, 13 August 2014

Surat Tawaran ACCA


Assalamualaikum. 
Terasa nak menulis blog pulak pagi ni. Nak kongsi satu cerita yang dah berbulan terperap nye dalam draft.

Kisah surat tawaran ACCA


First of all mesti la aku happy. Aku datang jauh kot dengan family dari Johor semata-mata nak interview ACCA ni. 


Aku pon tak expect yang aku boleh dapat, Calon-calon yang datang mase interview tu semua hebat-hebat. Pointer gempak-gempak ah. Aku rasa rendah diri jugak mase interview ACCA tu. 

So bile dapat ni, aku rasa macam rezeki aku la. Tapi nak kata aku hebat memang la. Nampak benor nipunya tu haha rezeki Allah nak bagi je ni.


OK sampai part ni, aku tak terus tekan butang "Setuju Terima" tu. Aku biar dulu. Aku tutup labtop and capai handphone. Aku mesej dua orang kawan aku yang pergi interview sama dengan aku. Sorang dapat, sorang lagi tak. 

Then, aku mintak pendapat ramai orang, ada sorang kawan aku yang tengah kerja dalam bidang akaun masa tu cakap, orang yang ada ACCA ni tak kan menganggur. wow! hebat betul tu. 

Tapi, even ramai dah bagi pendapat, aku still ragu-ragu. Jadi aku pon istikharah la, mintak petunjuk. Bukan tunggu nak pilih jodoh je baru istikharah, bila kite keliru nak buat pilihan, istikharah tu terbaik.

Lepas dalam seminggu camtu, lepas aku rasa aku nak muktamadkan keputusan aku, aku pon....


.......tolak tawaran ACCA 

Mesti akan ade suare-suare sumbang yang macam...

"Ya Allah apahal la pergi tolak tawarana tu. Ade orang panggilan interview tu pon payah nak dapat"

"Ish lepaskan peluang baik betul la die ni"

"Buat penat je pergi interview tu datang jauh-jauh"

Huh. Cakap la ape korang nak cakap. Semua orang ada alasan masing-masing. Kita tak duduk dalam situasi orang tu, kita mana nak tau, ye dak? Mulut sedap je sembur. Eh, emosi pulak haha

Tapi, aku akan tetap amik ACCA ni, mungkin lepas degree nanti. Impian aku takkan pernah padam nak amik ACCA ni. Cuma mungkin belum masa lagi.

Tak kisah la lambat atau cepat, rezeki tu Allah dah tetapkan untuk setiap makhluk nama manusia. 
Nak risau ape? Melainkan kita sendiri yang tak yakin setiap kejadian Allah tu ade hikmah.

Mungkin aku tak pergi ACCA, tapi aku masih boleh kongsi tips interview kan?

Bagi sesiapa yang berhajat nak sambung ACCA di UiTM,
ok tipsnya :

1) Confident level korang biar pada tahap padu! haha padu ni kiranya kalau nebes tu, jangan show off sangat la. Buat-buat rilek je,padahal dalam hati jantung macam nak pecah!haha. Buat la pape before masuk bilik interview tu, borak dengan orang sebelah ke, dengar lagu ke pape je la.

2)Kelancaran korang berbahasa Inggeris gituuu. Yes! ini paling penting!  Jawab je ape yang panel tanya even merapu. Ye, jawab je kengkonon terer haha nak tunjuk confident punye pasal walaupon English ke laut. hehe

3)Ada yang tanya, pointer penting ke? Hek eleh toksah risau la, ade je yang pointer tinggi tak dapat ACCA.

4)Selawat bebanyak, maniskan muka masa jumpa panel.

5)Bawak dokumen yang dikehendaki selengkapnye, macam mini transkrip ke, surat beranak..jadi takdelah melecehkan proses interview korang. Kalau dah dokumen tak lengkap, dah satu hal nyusahkan staff UiTM yang handle korang tu.

6)Lagi..lagi...yang interview korang tu lecturer yang mengajar ACCA jugak, jadi buat sehabis baik. Tunjuk yang korang memang layak ambik ACCA ni.

7)Dah, aku pon tak tau nak bagi tips ape lagi, google ah! haha


Ok tu je kot hehe. ape2 nak tanya komen ah kat bawah. Tak payah nak mintak fb lah, no.phone lah(eh perasan artis haha). Komen je kat bawah InsyaAllah aku jawab bila2 free.

Dan ingat, tinggi mana ilmu korang, itu semua pinjaman. 

Wasalam.Yang baik dari Allah, yang buruk yang kurang dari diri sendiri. 





Saturday, 24 May 2014

Panggilan Temuduga ACCA UiTM



Allah.
Aku tak expect pon benda ni. Aku main apply je. Dengan harapan, dapat lah. Nak juga merasa interview ACCA ni.

Dan.........


Alhamdulillah dapat.




Masalah nya sekarang, kalau pass lah interview ni (cehh macam hebat benor) 
Nak terima ke, reject?

Ah yang tu kemudian ah. Redah interview ni dulu.

Tang accept/reject tu, nanti-nanti lah.


Ya Allah, kalau ini yang terbaik, kau permudahkan lah.
Kalau masih belum rezeki untuk aku teruskan, Kau tunjukkan lah petanda, gerak hati atau apa-apa yang boleh buat aku faham, ini belum masanya.


Hanya pada-Mu.

Tuesday, 14 January 2014

Step-by-step Permohonan Penerapan Pelajar Diploma Semester Akhir Ke Ijazah Sarjana Muda UiTM Sesi September 2014


Salam semua !

PERMOHONAN DIBUKA DARI 13 JANUARI 2014 SEHINGGA 31 MAC 2014

 Post yang sedang dibaca oleh anda semua ini adalah KHAS untuk PELAJAR DIPLOMA SEMESTER AKHIR UITM  yang berhasrat menyambung pengajian ke peringkat IJAZAH SARJANA MUDA di  UITM juga.

Alert ye !
Diploma Semester Akhir UITM ----> Ijazah Sarjana Muda UITM

Sebab tu ianya dipanggil penerapan. Rugi sangat kalau kita ni Diploma UiTM tapi berhasrat nak sambung degree kat Uni lain, sebabnya kalau kita sambung  degree di UiTM juga, kita boleh dapat pengecualian credit hour yang mana kita boleh jump terus ke Semester 4 atau 3 degree tanpa perlu start balik dari Sem pertama.

Nak bagi clear lagi, saya bagi contoh la ye.

Diploma Perakaunan UiTM nak apply ke Ijazah Sarjana Muda Perakaunan UiTM, masa yang diberi untuk menghabiskan degree ialah 2 tahun setengah( jump terus ke Sem 4 sebab dapat pengecualian credit hour), compare dengan 4 tahun( akan start dari Sem 1) sepatutnya kalau kita apply Uni lain.

Ini bergantung juga pada course ye. Ada yang dalam tempoh 2 tahun dah habis.

 Tapi still, kalau anda rasa nak apply untuk degree selain UiTM, boleh apply guna UPU.


OK, jadi di bawah ni ialah step-by-step cara nak apply Program Penerapan secara online.

sebelum tu, semasa nak beli no.slip BSN, sila nyatakan bahawa anda nak beli no.pin untuk PENERAPAN UITM.


1) Login ke Student Portal

2) Pilih Application for Continuation of Studies


3) Last, masukkan no.slip BSN Program Penerapan yang kita beli dan baca SEMUA SYARAT yang tertera



Yes ! Bila dah boleh masuk, sila lengkapkan semua maklumat yang diperlukan.

Kalau tak boleh masuk walaupun dah isi No. slip BSN, semak semula, mungkin kita tersalah nyatakan program semasa pembelian no.slip ( sebelum tinggalkan kaunter semak balik ada tak kat slip tu tulis PENERAPAN ) 

Kalu salah, cepat-cepat pergi tukar di BSN !

Setakat apa yang saya tahu, kalau tersalah beli no.slip dan kita tukar pada hari yang sama, tak ada cas akan dikenakan tapi kalau kita pergi ke BSN pada hari lain selain dari hari kita beli no.pin BSN tu,(maksudya kalau kita tukar keesokannya ke, lusa, minggu depan), 
kita terpaksa bayar pada harga yang sama sebelum ni  ibarat macam beli no.pin baru (oh harap paham la ayat aku ni)

Isi dengan telus dan tulus ! Jangan menipu !

Dan selepas isi tu, SELAGI KITA TAK TEKAN BUTANG HANTAR, PERMOHONAN KITA MASIH BELUM DITERIMA PIHAK UITM. 

KEMASKINI HANYA DIBENARKAN SEBANYAK 3 KALI.


Jadi, selamat maju jaya kepada kawan-kawan seangkatan yang akan melanjutkan pelajaran ke Ijazah Sarjana Muda Sesi September 2014 !!


Pssstttt.... siapa apply untuk Ijazah Sarjana Muda Perakaunan? Hi-5 sikit! Kita geng! hehe

p/s : Nak dapatkan supplement untuk kecantikan/kesihatan/makanan minda untuk pelajar? meh visit my IG ---> supplemen Shaklee di sini


 
FULLY OWNED BY PELENGKAPRUSUKIRI