Wednesday, 13 November 2019

Bermula Kembali


Entah macam mana untuk aku mulakan penulisan kembali.

Post terakhir waktu itu pada 2014. Dan sekarang 2019.

Toleh semula ke belakang, begitu banyak yang terjadi pada diri ni.

Entah macam mana, aku kuat untuk hadapi segalanya.

Bermula dengan kehilangan insan tercinta, yang menjadikan aku berubah 360 darjah.

Sekarang, ibarat aku bermula semula, tanpa dia.


Entah dari mana kekuatan untuk berdiri itu datang tiap hari tanpa dia.

Aku begitu yakin kekuatan itu datangnya dari Allah.

Tiap ujian yang diberi, pasti kerana aku mampu hadapi.

Doakan aku semoga kuat untuk berdiri atas kaki sendiri.


Dan aku doakan Allah bukakan jalan dan kebahagiaan kepada sesiapa yang meminta dari-Nya.

Salam sayang,
R.
 
FULLY OWNED BY PELENGKAPRUSUKIRI