Tuesday, 8 May 2012

semangat aku

duduk termenung tepi tingkap lepas perut penuh. tiba-tiba, aku teringat satu benda yang kawan aku cerita.

si T cakap kat aku macam ni ha :

"bayangkan kau kena kejar anjing kan, pastu kat situ cuma ada sebatang pokok yang ada tiga dahan. agak-agak kau lah kan, dahan mana yang kau nak panjat dalam usaha nak menyelamatkan diri kau? bermula paling bawah adalah pertama..jadi dahan PERTAMA, KEDUA atau KETIGA ?

dengan tak pikir panjang nye aku jawab :
"PERTAMA lah.bodoh ke ape nak dahan tinggi-tinggi. mana sampai?"

gelak kejap kawan aku si T tu."hmmm macam ni sebenarnya aku nak beritahu kau.. kalau kau pilih dahan PERTAMA macam yang kau cakap tadi, kalau kau jatuh, ada dahan lagi ke kau nak berpaut?"

aku bulat mata. dalam hati aku apa dia cuba sampaikan ni, aku kebil-kebil lagi.tapi aku jawab la "tak" dengan wajah comel yang tak dibuat-buat .

lepas beberapa ketika, dia terangkan...
sebenarnya si T tu dapat cerita ni dari ayah dia..

ok, tengok betul-betul . kalau kita pilih dahan pertama tadi, bila kita jatuh ke tanah,..kompem-kompem lah anjing tu dapat kita, sama ada dia nak gigit kau,jilat kau(yucks) atau telan kau hidup-hidup itu terpulang pada anjing tu lah..tapi.......

kalau kita pilih dahan ketiga, kita masih ada dahan kedua untuk berpaut, kita masih selamat dari anjing tu.
kalau kita pilih dahan kedua, kita masih ada dahan pertama untuk berpaut, kita masih selamat dari anjing tu.

jadi kawan aku kata moral of the story is:

apa-apa impian atau perkara yang nak dilaksanakan dalam hidup, letakkan azam atau matlamat kita setinggi langit, supaya bila kita jatuh, kita masih mampu sentuh awan.

contohnya pada diri aku sebagai pelajar, aku letak target aku semester depan FOUR FLAT , oh mungkin ada yang kata aku berlagak letak target macam tu tapi pada aku, itu cuma TARGET semata-mata.. aku xkecewa kalau tak dapat pun kerana mungkin kalau aku xdapat pun, pointer aku maybe 3.9,3.8,3.7 or something yang boleh diletakkan dalam senarai Anugerah Dekan. tak pun, kalau dapat 3.0, aku masih SYUKUR .

KERANA.. aku nak jadi orang yang pilih dahan KETIGA .

kalau KAU ?
kau pilih dahan mana ?

p/s : aiming for the sky , at least in case u fall, u still touch the cloud :D


 

 
FULLY OWNED BY PELENGKAPRUSUKIRI