Tuesday, 4 December 2012

kuliah bermula !



salam buat semua .

dah dua hari secara rasminya aku jadi pelajar tahun kedua . wewiitt ! 
setakat ni semua subjek insyaAllah boleh bawak itupun kalau study !
kalau tak study, tak usaha, tak de maknenye result nak gempak bagai .

semua lecturer setakat ni pun okey .
orang Jawa kata, so far so good . hehe .
tapi tadi, baru dapat amaran keras dari lecturer akaun aku.
dia cakap akaun semester ni sangat kritikal.
kalau ada 10 orang yang amik, 6 daripadanya GAGAL.
ha tu nak tunjuk kritikal tak kritikal kan subjek akaun tu .

tapi dia kata, susah macam mana pun, usaha lah .
tak usaha mana nak berjaya. ye dak ?

dah semester baru ni, semangat pun baru lah .
usaha sampai maju .
jangan pernah undur !

lafaz Bismillah, mari mengorak langkah .

p/s : bila nak dapat baucar buku ye ? tak sabar nak shopping alat tulis :D

Saturday, 1 December 2012

ini penyakit apa ?

  
oh Disember bermula .
sedia maklum bulan terakhir setiap tahun .

sedia maklum lagi semester baru aku bermula, Isnin ni.
dan aku dilanda penyakit yang aku tak tahu nak klasifikasikan apa.

aku rasa kosong nak mulakan semester baru ni .
aku rasa belum sempurna sedia .
aku rasa malas nak ambil tahu kuliah .

aku kena atasi ini semua sebelum merebak parah .
aku bukan anak manja memandangkan aku yang sulung.
tapi hakikatnya, aku rasa berat hati nak tinggalkan keluarga pergi kuliah .

balik memang jarang, masa bersama keluarga kurang.
kalau boleh aku tak mahu berenggang lansung dengan adik beradik ibu ayah .

mana daya lah aku nak lawan,
sebab sedar tanggungjawab aku bergelar siswi .

apa aku perlu buat ni ? 
kenapa aku tak sedia ni ?

kenapa aku macam ni ?
tak pernah .
selalu aku semangat je nak belajar apa .

ishhh kenapa diri aku ni ?
aduhhh.

ini penyakit apa ?

 
FULLY OWNED BY PELENGKAPRUSUKIRI